Wednesday 14 November 2012

Sistem GPS

Selamat sejahtera semua.
 Adakah kawan-kawan semua pernah dengar tentang Sistem Kedudukan Sejagat atau Sistem Penentududukan Sejagat (GPS)?

 Sistem GPS ini merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan salah satu sistem pandu arah yang digunakan oleh manusia pada hari ini. Kedudukan seseorang atau sesuatu tempat (longitud, latitud dan altitud) boleh dikenal pasti dalam apa jua cuaca, masa dan di mana seseorang itu berada. Isyarat masa jitu dipancakan oleh sekumpulan antara 24 dan 32 satelit menggunakan radio kepada penerima GPS untuk mengenal pasti kedudukan.
 Sejak 1993, GPS menjadi suatu kemudahan yang amat penting untuk pandu arah bukan sahaja di atas darat, malah penting untuk pandu arah du laut, udara dan juga serata dunia. Ia juga digunakan dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah. GPS juga digunakan dalam kajian saintifik termasuk mengenai gempa bumi dengan memberikan rujukan masa jitu. "ArcView Tracking Analyst" dan "ArcView Network Analyst", iaitu perisian sambungan ArcView GIS berversi 3.1 adalah perisian GIS yang dapat mengesan kenderaan. GIS atau Sistem Maklumat Geografi adalah sistem maklumat yang penting bagi perancangan dan pengurusan data-data geografi. Teknologi GIS ini memainkan perananan penting dalam bidang pengangkutan terutamanya dalam mengesan kesesakan lalu lintas.
 Kerja pengiraan perisian ArcView GIS, dapat dilakukan dengan fungsi "Calculate" . Pengiraan (Calculate) adalah operasi pencarian bentuk maklumat tertentu berdasarkan kepada rumus atau formula pengiraan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang disediakan. Perkakasan pertanyaan yang disediakan merupakan parameter atau algoritma matematik yang mudah dipakai serta merangkumi data-data attribute dalam identiti atau lajur (Column) tertentu seperti masa, jarak dan sebagainya.
 Pengiraan halaju menggunakan pertanyaan (Query) boleh dilakukan berdasarkan formula halaju seperti berikut:
 field[Halaju] = field[Jarak] / field[Masa] di mana, field[Jarak] =Nilai jarak dihitung setiap 10 saat menggunakan aturcara komputer.
 field[Masa]= 0ยบ 0' 10" , iaitu 10 saat.
 Bagi menunjukkan perbezaan halaju kenderaan di sepanjang penjejakan, teknik "highlight" digunakan. Pemaparan halaju kenderaan dengan jenis warna berbeza pada bahagian laluan kenderaan berlainan dapat dilakukan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang terkandung dalam teknik pemaparan "highlight".